Aspirasi Optima Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat 100% milik penuh bumiputera yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 27 Mei 2003. Aspirasi Optima Sdn. Bhd.menjalankan perniagaan dalam komponen berikut:
- Konsultan Latihan Pembangunan Sumber Manusia dan Penyelidikan yang meliputi Latihan Jati Diri, Latihan Keusahawanan, Latihan Korporat, Perunding Perancangan Strategik, Penyelidikan Pemasaran, Penyelidikan Produk dan Penyelidikan Sumber Manusia. Latihan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui Aspirasi Optima Academy.
- Perniagaan perbekalan pelbagai produk termasuk produk Aplikasi Pengajaran dan Pembelajaran (WizIQ).
- Perniagaan penerbitan buku-buku akademik dan telah menghasilkan 2 buah buku sebagai projek rintis melalui jenama English World dan Dunia Bahasa.
