PERUNDINGAN & LATIHAN


1. Aspirasi Optima Academy L02245.
  • Pusat Bertauliah di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
2. Penyelia Latihan
  • Program Latihan Kemahiran & Kerjaya (PLKK)
  • Kementerian Kemajuan Wilayah & Luar Bandar (KKLW).

3. Pembekal / Perunding
  • Kementerian Kewangan Malaysia

4. Amalan Pengilangan Baik (Good Manufacturing Practice - GMP)
  • Kementerian Kesihatan Malaysia 

Aspirasi Optima Sdn. Bhd. menawarkan pelbagai jenis latihan kepada pegawai kerajaan, pengusaha, ahli korporat, tenaga pengajar dan mahasiswa universiti. Latihan-latihan ini dijalankan oleh barisan penceramah dan fasilitator yang berpengalaman. Di samping pengendalian program pembangunan manusia, Aspirasi Optima Sdn. Bhd. juga turut dilantik sebagai Konsultan bagi mengendalikan bengkel Perancangan Strategik kepada agensi kerajaan dan swasta. Aspirasi Optima Sdn. Bhd. juga turut menjalankan penyelidikan dalam beberapa bidang khususnya yang berkaitan dengan pemasaran produk dan kepuasan pengguna.

Antara latihan yang kami tawarkan ialah:
• Keusahawanan
• Pengurusan / Penyeliaan.
• Kepimpinan.
• Hubungan Manusia / Komunikasi.
• Pembinaan Pasukan Kerja.
• Kejurulatihan dan Kaunseling.
• Motivasi dan Kemahiran Belajar.
• Keibubapaan.
• Bina Insan.
• Budaya Kerja Positif.
• Memperkasa Belia dan Kerjaya.

Di samping itu, penubuhan Aspirasi Optima Academy juga membolehkan syarikat menawarkan latihan kemahiran di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia yang menganugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2 dalam bidang kecantikan.



REKOD LATIHAN 

1. ACSON AIR CONDITIONING TRAINING


2. AUTOMOTIVE FAULT FINDING SKILL




3. KEM USAHAWAN MUDA PERMATA SELANGOR (PKNS)

BANGI – Aspirasi Optima Sdn Bhd telah menjalankan Kem Usahawan Muda Permata Selangor (PKNS) yang kini dekenali sebagai Kem Program Tunas Niaga (PROTUNe) kepada 374 pelajar yang terdiri daripada pelbagai sekolah di Selangor. Program yang berasaskan keusahawanan ini terdiri daripada 3 sesi yang berlangsung selama 3 hari di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pihak Aspirasi Optima telah menjayakan program ini pada tahun 2012 & 2013 dengan kerjasama dengan Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Alumni UKM, Kolej Keris Mas,UKM (KKM).

Kem ini mengabungkan komponen asas inovasi dengan kemahiran dalam pelbagai aspek keusahawanan khususnya dalam pembangunan produk, pemasaran alternatif dan pengalaman berjual beli. Inovasi pembangunan produk meliputi inovasi pembungkusan, citarasa presentation dan sebagainya. Inovasi pemasaran alternatif pula merangkumi penggunaan media sosial untuk pemasaran seperti penggunaan blog, facebook, tweeter, Instagram dan lain-lain lagi. Pengalaman berjual beli pula bertujuan mendedahkan pengalaman sebenar bagi menghilangkan rasa rendah diri, budaya malu dan ketidakyakinan dalam kalangan peserta.




4. KURSUS 'MOST WANTED GRADUATE'

BATU PAHAT -  Aspirasi Optima Sdn Bhd dengan kerjasama Universiti Tun Hussien Onn (UTHM) Batu Pahat dan Politeknik di Malaysia telah mengadakan Kursus 'Most Wanted Graduate'. Kursus ini dejalankan kepada 3 sessi dan setiap sessi sebanyak 10 politeknik terlibat di dalam kursus ini. Kursus ini telah mempelajari 6Sigma dan program jati diri, Kursus ini juga menyediakan para pelajar tentang ilmu kemahiran ketika para pelajar telah tamat pengajian di Politeknik.







5. KURSUS KECANTIKAN